SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, March 10, 2018

SPARK di Dada Akhbar


Beberapa bulan yang lepas pelbagai program dan penyertaan yang disertai oleh anak-anak SMK Parit Betak seperti Pertandingan Wau dan layang-layang Sedunia, Program Tuisyen Desa, Majlis penetapan sasaran dan Majlis pelancaran nilam dan perasmian kelas abad ke-21. Sepanjang program tersebut, Nama SMK Parit Betak telah menghiasi dada-dada akhbar sekaligus telah mengharumkan nama sekolah. Diharap program dan majlis yang dijalankan dapat meningkatkan lagi pencapaian sekolah dari segi akademik dan kokurikulum. Tahniah dan Syabas diucapkan.

" SPARK ONE GOAL "

Monday, March 5, 2018

Tahniah pasukan Wau dan Layang-layang SMK Parit Betak



Pasukan Wau dan Layang-layang SMK Parit Betak telah menyertai Pertandingan Wau dan Layang-layang kategori sekolah di Festival wau dan layang-layang pasir gudang sedunia kali ke-23 yang telah berlangsung pada 28 Februari - 4 Mac 2018. Sebanyak 5 kategori pertandingan disertai pada kali ini iaitu kategori Wau bulan, Layang-layang ciptaan 2D, Layang-layang kite train, Layang-layang Rokkaku dan Air Banner. Tema bagi layang-layang pada kali ini adalah haiwan bersayap.


Terdapat beberapa buah negara asean yang telah menghantar wakil bagi kategori sekolah menengah. Pasukan SMK Parit Betak hampir menyapu bersih semua kategori yang dipertandingkan dimana Pasukan ini telah berjaya memenangi :- 

  • JOHAN Layang-layang Ciptaan 2D
  • JOHAN Air Banner 
  • NAIB JOHAN Kite Train
  • NAIB JOHAN Layang-layang Ciptaan 2D
  • NAIB JOHAN Air Banner



Tahniah dan Syabas diucapkan. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat kepada pasukan wau dan layang-layang SMK Parit Betak.

" SPARK ONE GOAL "