Saturday, February 24, 2018

Kejohanan Balapan Dan padang Kali Ke 40 Tahun 2018

Pada 23 Februari 2018 bersamaan dengan hari khamis telah berlangsungnyer kejohanan balapan dan padang peringkat sekolah SMK Parit Betak. Kejohanan balapan dan padang ini melibatkan semua guru dan pelajar.

Tujuan atau objektif diadakan kejohanan seperti ini adalah:
  • Sebagai tapak yang boleh melahirkan atlet-atlet berpotensi yang bakal bertanding di peringkat daerah, negeri dan negara.
  • Merialisasikan konsep "1 Murid 1 Sukan"
  • Sukan sebagai satu wadah pembangunan manusia
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari 100m, 200m, 400m, 800m, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing dan kemuncaknyer ialah acara tarik tali. Dalam kejohanan ini juga sebanyak empat buah rumah sukan yang terlibat iaitu Rumah Abu Ubaidah (Biru),Rumah Tariq Ziad (Hijau), Rumah Khalid Al-Walid (Kuning) dan Rumah Usammah (Merah).






Kejohanan balapan dan padang peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh En Suhaimi Bin Hj Hashim Ketua Kampung Parit Tengah Rengit dan beliau juga bekas pelajar SMK Parit Betak.



Kejohanan balapan dan padang kali ini rumah Tariq Ziad telah menjadi Johan keseluruhan diikuti Rumah Khalid Al-Walid ditempat Kedua, rumah Ussammah pula ditempat Ketiga dan rumah Abu-Ubaidah tempat Ke-4.






Tahniah diucapkan kepada semua pasukan serta semua yang telibat dalam menjayakan acara sukan pada tahun ini. 

0 comments:

Post a Comment