SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Wednesday, February 28, 2018

Semoga Berjaya Pasukan Wau dan Layang-layang di Festival Wau dan Layang-layang Peringkat Antarabangsa Pasir Gudang

SMK Parit Betak telah menghantar pasukan bagi menyertai Pertandingan Wau dan Layang-layang di festival Wau dan Layang-layang Peringkat Antarabangsa di  Pasir Gudang kali ke-23. Festival ini  bermula pada 28 Februari 2018 hingga 4 Mac 2018.













Warga SMK Parit Betak sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak SMK Parit Betak yang mewakili pada festival wau dan layang-layang pada kali ini. Semoga kejayaan yang dicapai dapat mengharumkan nama sekolah dan daerah pontian amnya, diperingkat antarabangsa.


" SPARK ONE GOAL "

Mesyuarat Agong Koperasi SMK Parit Betak 2018 Kali ke-37


SMK Parit Betak telah melaksanakan Mesyuarat Agong Koperasi bagi tahun 2018 . Majlis ini berlangsung pada 28 Februari bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna SMK Parit Betak, Pontian di sini. 



Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua. 




Pengumpul Syiling Terbayak Kategori Guru

Pengumpul Syiling Terbanyak Kategori Murid

Saguhati Tuan Pengetua

" SPARK ONE GOAL "

Saturday, February 24, 2018

Kejohanan Balapan Dan padang Kali Ke 40 Tahun 2018

Pada 23 Februari 2018 bersamaan dengan hari khamis telah berlangsungnyer kejohanan balapan dan padang peringkat sekolah SMK Parit Betak. Kejohanan balapan dan padang ini melibatkan semua guru dan pelajar.

Tujuan atau objektif diadakan kejohanan seperti ini adalah:
  • Sebagai tapak yang boleh melahirkan atlet-atlet berpotensi yang bakal bertanding di peringkat daerah, negeri dan negara.
  • Merialisasikan konsep "1 Murid 1 Sukan"
  • Sukan sebagai satu wadah pembangunan manusia
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari 100m, 200m, 400m, 800m, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing dan kemuncaknyer ialah acara tarik tali. Dalam kejohanan ini juga sebanyak empat buah rumah sukan yang terlibat iaitu Rumah Abu Ubaidah (Biru),Rumah Tariq Ziad (Hijau), Rumah Khalid Al-Walid (Kuning) dan Rumah Usammah (Merah).






Kejohanan balapan dan padang peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh En Suhaimi Bin Hj Hashim Ketua Kampung Parit Tengah Rengit dan beliau juga bekas pelajar SMK Parit Betak.



Kejohanan balapan dan padang kali ini rumah Tariq Ziad telah menjadi Johan keseluruhan diikuti Rumah Khalid Al-Walid ditempat Kedua, rumah Ussammah pula ditempat Ketiga dan rumah Abu-Ubaidah tempat Ke-4.






Tahniah diucapkan kepada semua pasukan serta semua yang telibat dalam menjayakan acara sukan pada tahun ini. 

Monday, February 12, 2018

Majlis Perpisahan Pn Hayani





Pada pagi tadi telah berlangsungnya Majlis perpisahan bagi salah seorang guru Smk Parit Betak iaitu Pn. Norhayani yang akan berpindah ke Smk Seri Tanjung Benut bermula ahad ini..di harapkan agar Pn Norhayani akan terus berjaya dalam mendidik anak2 bangsa di sana.


kami warga SPARK mendoakan agar Pn Norhayani sentiasa di beri kesihatan yang baik Insyaallah..semoga silaturahim yang di bina selama berkhidmat di SPARK akan terus berkekalan dan terus terjalin Insyaallah.




Majlis Motivasi Keibubapaan dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Anjuran RISDA






Pada hari ini bersamaan 10 februari 2018 telah berlangsungnya Program Motivasi Keibubapaan, Penetapan Target PT3 dan SPM serta Pelancaran Kelas Tuisyen Rakyat RISDA di SMK Parit Betak yang Disempurnakan Oleh Datuk Seri Hj Ahmad bin Hj Maslan..terima kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak dalam program motivasi..

















Pelancaran Program Nilam, Penyerahan Tablet dan Perlantikan Pengawas Pusat Sumber

 

7 februari 2018 YB Datuk IR Hj Hasni Bin Hj Mohammad telah sudi untuk merasmikan Program Nilam dan menyampaikan watikah perlantikan pengawas pusat sumber bagi tahun 2018..Beliau juga telah sudi untuk menyampaikan tablet kepada guru-guru di Smk Parit Betak..majlis ini juga turut di hadiri oleh Pengerusi PIBG Smk Parit Betak iaitu Datuk Jahis, KPPD Pontian iaitu Tn. Zainal, Tok penghulu mukim Benut, pegawai daripada majlis daerah Pontian beserta AJK PIBG Smk Parit Betak..terima kasih di ucapkan.


Sambutan Maulidurasul




Pada pagi tadi telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah..terima kasih kepada Ustaz Elyas Ismail iaitu personaliti dakwah Tv9 yang telah sudi menyampaikan ceramah dan sudi bertandang ke Smk Parit Betak..terima kasih juga kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa bagi memeriahkan lagi sambutan maulidur rasul kali ini..






Acara Merentas Desa 2018



Pada 17.1.2018 telah berlangsungnya larian merentas desa peringkat sekolah..Alhamdulillah program telah berjalan dengan sempurna dan meriah..tahniah di ucapkan kepada pasukan rumah hijau yang telah menjadi Johan keseluruhan bagi larian merentas desa.


Terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan kejohanan ini terutama kepada anggota polis yang telah menjaga lalulintas, Wakil PIBG serta semua warga penduduk kampung Parit Betak, Parit Archong dan Kg Permatang Duku sehingga kejohanan ini berjalan lancar.




#SPARKONEGOAL