SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, January 6, 2018

Majlis Sanjungan Budi Seikhlas Kasih Perpisahan Cikgu Zulnuraini Bin Rahmat ( GPK HEM )




     Terima kasih diucapkan kepada En Zulnuraini bin Rahmat atas khidmat bakti beliau sebagai GPK HEM SMK Parit Betak selama 3 tahun. Beliau akan berpindah tempat bertugas tetapi masih di bawah payung yang sama, dan tempat bertugas baru beliau ialah SMK Ayer Baloi. Warga SMK Parit Betak  akan kehilangan seorang Guru  yang sangat prihatin dan berdedikasi.


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.


Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
  kadang-kaadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.


Pada kesempatan ini juga, Kami Warga sekolah ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami bekerja.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali