SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, December 31, 2018

Selamat Kembali Kesekolah



Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan guru-guru. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan ibubapa penjaga yang sentiasa membantu pelajar-pelajar sepanjang tempoh bercuti. 

Warga SMK Parit Betak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga pendidikan dan pelajar dan Selamat Tahun Baru 2019.
Sekian, terima kasih.

Tahniah Kepada Semua Pelajar PT3 2018




Tuesday, November 13, 2018

Majlis Persaraan Hj Mohd Zin Bin Erjam dan Hj Sedan Bin Abd Rasid


Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Md Zin Bin Erjam dan Tn Hj Sedan Bin Abd Rasid. Seluruh warga SMK Parit Betak mendoakan semoga Tn Haji sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih, Selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.















Sunday, September 30, 2018

Selamat Menduduki Peperiksaan PT3



Kepada semua pelajar Tingkatan 3 tahun 2018, Sek. Men. Keb. Parit Betak. Kami, guru-guru, staf sokongan serta ibu bapa ingin mengucapkan :
– Selamat Berjaya
– Semoga Mencapai Kecemerlangan
– Dapat menjawab dengan jayanya
– Buat yang terbaik untuk diri dan keluarga
– Kejayaan adalah hak milik setiap insan
Semoga pelajar SMKPB dapat menempuh peperiksaan PT3 2018 dengan penuh ilmu di dada dan tenang menjawab soalan.

Sunday, September 23, 2018

Solat Hajat Perdana dan bacaan Yassin Calon SPM dan PT3





Program Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yassin sempena peperiksaan PT3 dan SPM 2018 telah diadakan pada 20 September 2018  yang lalu. 



















Monday, September 10, 2018

Salam Maal Hijrah 1440


Salam Maal Hijrah 1440H kepada semua umat Islam. 

Semoga tahun baru ini menjadikan kita hamba Allah SWT yang lebih baik dan lebih beriman daripada tahun sebelumnya, membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada semua.

Insya-Allah.

Wednesday, August 15, 2018

Lawatan Penanda Aras SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor Darul Ehsan dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit.



     Lawatan Penanda Aras ke SMK  Dato' Abu Bakar Baginda, Bangi dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit. pada 9 Ogos 2018. melibatkan 68 orang murid dan 10 guru. 2 buah bas bertolak daripada sekolah pada pukul 12.30 malam dan tiba di Masjid Putra, Putrajaya lebih  kurang pukul 5.00 pagi. Setelah selesai solat subuh, semua murid dan guru telah bertolak ke SMK Dato' Abu Bakar Baginda.


Baginda Sampai disekolah tersebut para guru dan pelajar disambut baik dan dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah serta diberi taklimat.











Terima kasih diucapkan pada pihak SMK Dato' Abu Bakar Baginda dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit atas layanan mesra yang telah diberikan. Diharapkan hubungan antara 2 sekolah kekal terjalin dan dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. 


Saturday, August 4, 2018

Mesyuarat Jawatankuasa induk program Transformasi sekolah 2025 (ts25)




Alhamdulillah..Smk parit betak telah menjadi vanue bagi Mesyuarat jawatankuasa induk program transformasi sekolah 2025(ts25) yang di hadiri oleh pegawai drpda JPN johor dan pegawai drpda PPD daerah seluruh negeri Johor..alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar dan rombongan sempat melakukan “site visit” di sekitar kawasan sekolah..SPARK juga merupakan sekolah di bawah program Transformasi sekolah..pelbagai usaha dan pembaharuan di lakukan dibawah program transformasi sekolah..Terima Kasih diucapkan.