SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Tuesday, January 24, 2017

Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Pontian


Wakil SMKPB Lelaki Bawah 15


Wakil SMKPB Perempuan Bawah 15



Sambutan Maulidur Rasul SMK Parit Betak


Tarikh : 26 Januari 2017
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sunday, January 15, 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017 SMKPB


Kejohanan merentas desa SMK Parit Betak telah diadakan pada Hari Sabtu 14 Januari 2017 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga tamat kesemua kategori pada pukul 12.00 tengahari. Peserta dilepaskan mengikut kategori dan dilepaskan oleh GPK Pentadbiran 1, En Ismail Bin Ketang. Kejohanan berjalan dengan lancar dengan bantuan beberapa orang anggota polis dari Balai Polis Benut bagi menjaga lalulintas. Pihak sekolah juga meminta bantuan dari klinik kesihatan seri merlong, Rengit bagi membantu dalam urusan kecemasan. Terima Kasih kami ucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat.


Bantuan Lalu Lintas dari Balai Polis Benut

Antara aksi peserta
Guru sedang menjaga check point

Sunday, January 1, 2017

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH

Alhamdulillah anak-anak semua telah memulakan persekolahan setelah bercuti lama.
Tentu ada ramai yang tidak sabar, terutamanya pelajar darjah dan tingkatan 1 yang akan berdepan suasana dan bertemu rakan baru.
Para ibu bapa juga yang pertama kali menghantar anak ke sekolah tentu merasa sebak dan bangga.
Saya ucapkan selamat bertugas juga kepada guru-guru, tugasan yang anda lakukan amat murni mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.
Kepada anak-anak, sebelum melangkah masuk ke sekolah, cium tangan dan minta berkat ibu bapa, kerana restu ibu bapa amat penting sebelum kita memulakan sesuatu.
Kami doakan semua berjalan lancar. Selamat bersekolah!