SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Sunday, November 5, 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM.




Selamat menduduki peperiksaan  SPM 2017 kepada semua pelajar Tingkatan 5. Buatlah yang terbaik dan semoga berjaya dengan cemerlang. Peperiksaan SPM akan  bermula pada 06 November dan berakhir pada 30 November 2017 bagi calon SMK Parit Betak. Somoga apa yang disampaikan oleh guru dapat diaplikasikan. Kami warga SMK Parit Betak sentiasa mendoakan pelajar-pelajar agar dipermudahkan segala urusan semasa Peperiksan SPM dijalankan dan mencapai keputusan yang cemerlang. 

SMK Parit Betak.!!!! Wowww.!!!

SPARK.!!! One Goal.!!!!

Wednesday, November 1, 2017

Taklimat Inspirasi SKPMg2






Pada 31 Oktober 2017 telah berlangsungnya Taklimat Inspirasi SKPMg2 yang telah di sampaikan oleh 3 orang Nazir daripada JPN Negeri Johor dan di hadiri oleh pegawai-pegawai PPD Daerah Pontian. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang fungsi dan aliran gerak kerja SKPMg2 dalam sesebuah sekolah. 3 slot taklimat telah di jalankan. Slot pertama dan kedua melibatkan jemaah Nazir, pegawai-pegawai PPD, pengetua dan JKSS SPARK. Slot yang ketiga pula melibatkan seluruh Pengetua/Guru Besar daerah Pontian.








Pengetua SPARK iaitu En Jafri Bin Tasri telah memberi taklimat SKPMg2 dalam slot ketiga. Smk Parit Betak juga telah di nobatkan sebagai SEKOLAH INSPIRASI SKPMg2 bagi daerah Pontian di mana Sekolah akan berfungsi menjadi pakar rujuk kepada gerak kerja SKPMg2 Daerah Pontian..di harapkan agar usaha-usaha yang di jalankan ini dapat membantu dalam kemenjadian murid insyaallah.