Monday, October 23, 2017

Program Prihatin Pelajar & Sesi Motivasi SPM


      Program prihatin pelajar 2017 ini dianjurkan oleh Yayasan Pendita Madani dimana program bermula pada pukul 8.00 pagi dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad Bin Maslan Ahli Parlimen Pontian, YDP Pibg Dato' Mohamad Jahis Bin Othman, Datin Hjh Noraini Bt Hj Sulaiman dan Guru SMA Arab An-nur, Benut.


Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 5 SMK Parit Betak dan SMA Arab An-nur. YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan dalam ucapannya memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.


Pada penghujung ucapan, beliau telah menyampaikan baucer makan untuk pelajar-pelajar sepanjang menghadapi peperiksaan SPM. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas keperihatinan yang telah diberikan, semoga dengan bantuan dan semangat yang diberikan kepada pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.






Diakhir program, pelajar diberi Motivasi yang telah disampaikan oleh Pemimpin Mahasiswa UTM bagi meningkatkan lagi keyakinan dan semanagt pelajar dalam menghadapi peperiksaan.


" SPARK ONE GOAL "

0 comments:

Post a Comment