Sunday, July 23, 2017

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Meraikan Pengetua Baru

Majlis ini telah diadakan pada 20 Julai yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. 


Sambutan pada kali ini pihak sekolah menjemput wakil PIBG bagi memeriahkan lagi majlis kami. Guru dan Wakil PIBG dibahagikan beberapa kumpulan mengikut tingkatan, dimana setiap kumpulan akan datang kekelas dan bermarhaban bersama murid kelas tersebut. 


Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.














0 comments:

Post a Comment