SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, July 29, 2017

Pelancaran Buletin PIBK

PIBG SMK Parit Betak , Benut telah menerbitkan Bulletin PIBK 2017 utk tatapan ahli2 PIBG. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh En Jafri B Tasri, Pengetua SMK Parit Betak, Benut dalam satu majlis ringkas semasa Perhimpunan Pagi Ahad, 30 Jul 2017. Turut hadir dlm majlis berkenaan adalah Dato Jahis B Othman, selaku YDP PIBG sekolah ini. Buletin PIBK diterbitkan setiap 3 kali setahun pada setiap bulan Mac,Julai dan Oktober.










Monday, July 24, 2017

Lawatan & Pemantauan Jemaah Nazir Berkenaan SKPMg2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.

Barisan Jemaah Nazir
Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.







Sunday, July 23, 2017

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Meraikan Pengetua Baru

Majlis ini telah diadakan pada 20 Julai yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. 


Sambutan pada kali ini pihak sekolah menjemput wakil PIBG bagi memeriahkan lagi majlis kami. Guru dan Wakil PIBG dibahagikan beberapa kumpulan mengikut tingkatan, dimana setiap kumpulan akan datang kekelas dan bermarhaban bersama murid kelas tersebut. 


Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.














Wednesday, July 19, 2017

Taklimat SKPMg2 Standard 4


Taklimat SKPMg2 standard 4 di sampaikan oleh En. Jafri bin Tasri pada 19.7.2017 pada jam 2.30 petang bertempat di Kamar Al Ghazali .






Tuesday, July 18, 2017

Selamat Datang Tuan Pengetua



Selamat datang kami ucapkan kepada Pengetua baru SMK Parit Betak iaitu En Jafri Bin Tasri yang  mula berkhidmat bermula 17 Julai 2017 . Kami semua warga SMK Parit Betak mengalu-alukan kehadiran Tuan untuk lebih memantapkan lagi SMK Parit Betak..

Sebelum ini beliau berkhidmat di SMK Tun Sardon, Rengit sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Semoga Tuan Pengetua akan bersemangat dan gembira dapat berkhidmat di SMK Parit Betak dengan segala pengalaman yang ada mampu membawa SMK Parit Betak menjadi sekolah yang hebat! SELAMAT DATANG KE SMK PARIT BETAK.

Monday, July 3, 2017

Hari Terbuka Pertengahan Tahun Sekolah


Sebagai usaha untuk memberikan peluang kepada ibu bapa dan penjaga para pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang prestasi pelajaran anak-anak, Sekolah telah membuat inisiatif mengadakan Majlis Hari Terbuka, hari ini.