Sunday, June 18, 2017

Majlis Khatam Al-Quran

Bulan Ramadan bulan  diturunkan Al-Quran. Pada bulan yang mulia ini umat Islam mengambil manfaat dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan  membaca dan khatam al-Quran. Murid-murid serta Guru dan Staf SMK Parit Betak juga tidak ketinggalan mengimarahkan kehadiran bulan mulia ini.





Program Khatam Al-Quran dijalankan sepanjang bulan Ramadan dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Parit Betak. Ia dijalankan semasa waktu rehat  setiap hari persekolahan.






Semoga murid-murid akan sentiasa  membaca Al-Quran  selepas berakhirnya bulan Ramadhan dan menjadikan Al-Quran sebagai  panduan hidup mereka.





0 comments:

Post a Comment