SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Sunday, June 18, 2017

Majlis Khatam Al-Quran

Bulan Ramadan bulan  diturunkan Al-Quran. Pada bulan yang mulia ini umat Islam mengambil manfaat dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan  membaca dan khatam al-Quran. Murid-murid serta Guru dan Staf SMK Parit Betak juga tidak ketinggalan mengimarahkan kehadiran bulan mulia ini.





Program Khatam Al-Quran dijalankan sepanjang bulan Ramadan dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Parit Betak. Ia dijalankan semasa waktu rehat  setiap hari persekolahan.






Semoga murid-murid akan sentiasa  membaca Al-Quran  selepas berakhirnya bulan Ramadhan dan menjadikan Al-Quran sebagai  panduan hidup mereka.





Saturday, June 17, 2017

Salam Aidilfitri Dari Warga SMKPB


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Ramadhan telah kita tinggalkan, Hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira, Di sambut dengan rasa suka.
Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

P/S : Berhati-hati dijalanraya, Semoga anda selamat tiba dikampung halaman.