Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Parit Betak

16 Mei merupakan hari yang bersejarah bagi semua cikgu di seluruh Malaysia iaitu Hari Guru. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Sekolah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 7.25 pagi. Majlis bermula dengan perarakan guru diiringi dengan paluan kompang . Pengacara majlis memulakan ucapan alu-aluan  pada hari yang indah dan diikuti dengan bacaan doa sempena Hari Guru yang diketuai oleh Ustaz Hj Abd Samad B Abd Talib.





Seterusnya, En. Zulnuraini Bin Rahmat membacakan perutusan KPPM kepada semua guru dalam setiap sekolah di Malaysia. Kemudian, ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh wakil pelajar dan En Ismail Bin Ketang selaku GPK1 membacakan teks ucapan Menteri pelajarn serta perasmian bagi Majlis Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah. Terdapat gimik pelancaran Sambutan Hari Guru yang diadakan oleh pelajar-pelajar. Selain itu, pihak pentadbiran bersama-sama memotong kek yang telah disediakan khas sempena Hari Guru. Majlis diteruskan dengan nyanyian " Kami Guru Malaysia" diiringi dengan Band yang diketuai oleh En Hisham Bin Salleh.







Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan guru di Dewan Terbuka bagi semua guru dan staf.
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Anda adalah pembina negara bangsa di seluruh dunia!

0 comments:

Post a Comment