SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, May 29, 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Bercuti

SMK Parit Betak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1438 kepada seluruh warga SMK Parit Betak dan umat Islam. Mudah-mudah sepanjang Ramadhan ini dapat dipenuhi dengan amalan taqarrub kepada Allah SWT. Selamat bercuti juga kepada pelajar-pelajar serta guru semoga dipermudahkan dalam apa jua urusan yang dilakukan sepanjang bercuti.

Pertandingan “E-CRIME PREVENTATION EDUCATION(E-CPE) " Daerah Pontian



SMK Parit Betak telah berjaya menghantar tiga orang peserta dan wakil dalam menyertai pertandingan akhir “E-CRIME PREVENTATION EDUCATION(E-CPE) peringkat daerah Pontian pada hari Selasa , 23 Mei 2017 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian. Hasil usaha gigih pelajar dan guru pengiring selama sebulan, SMK Parit Betak telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan ini dan merangkul tempat ke-2 serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM750.00 dan sijil penyertaan.


Tahniah diucapkan kepada pelajar serta guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Tidak lupa juga Terima Kasih diucapkan kepada semua guru,ibubapa dan murid yang memberi sokongan dan dorongan secara langsung atau tidak. Semoga kejayaan ini dapat memberi pemangkin kepada yang lain.






Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Parit Betak

16 Mei merupakan hari yang bersejarah bagi semua cikgu di seluruh Malaysia iaitu Hari Guru. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Sekolah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 7.25 pagi. Majlis bermula dengan perarakan guru diiringi dengan paluan kompang . Pengacara majlis memulakan ucapan alu-aluan  pada hari yang indah dan diikuti dengan bacaan doa sempena Hari Guru yang diketuai oleh Ustaz Hj Abd Samad B Abd Talib.





Seterusnya, En. Zulnuraini Bin Rahmat membacakan perutusan KPPM kepada semua guru dalam setiap sekolah di Malaysia. Kemudian, ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh wakil pelajar dan En Ismail Bin Ketang selaku GPK1 membacakan teks ucapan Menteri pelajarn serta perasmian bagi Majlis Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah. Terdapat gimik pelancaran Sambutan Hari Guru yang diadakan oleh pelajar-pelajar. Selain itu, pihak pentadbiran bersama-sama memotong kek yang telah disediakan khas sempena Hari Guru. Majlis diteruskan dengan nyanyian " Kami Guru Malaysia" diiringi dengan Band yang diketuai oleh En Hisham Bin Salleh.







Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan guru di Dewan Terbuka bagi semua guru dan staf.
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Anda adalah pembina negara bangsa di seluruh dunia!

Wednesday, May 10, 2017

Perlawanan Futsal Persahabatan Antara Guru Dan Pibg

Satu perlawanan futsal antara Guru dan Pibg telah diadakan pada 9 mei 2017 pada Jam 5.00 petang di gelanggang futsal Kg Parit Betak. Perlawanan diadakan sempena sambutan Hari Guru 2017. Objektif utama perlawanan ini adalah merapatkan lagi hubungan antara Guru dan Pihak Ibu Bapa dan  sambil beriadah. 


Perlawanan berlangsung dengan sengit dimana kedua-dua pasukan saling menyerang dan balas membalas gol. Tamat perlawan Pasukan Guru telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan jaringan 5 berbalas 4. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Pihak sekolah mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada ibu bapa yang sangat suportif dalam menjayakan perlawanan ini.