Saturday, April 22, 2017

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Abd Raub Bin Abd Hamid

Tanggal 20hb April 2017, bertempat di SMK Parit Betak telah berlangsungnya majlis meraikan persaraan En Abd Raub Bin Abd Hamid, Pengetua SMK Parit Betak.



Beliau yang mula bertugas di SMK Parit Betak pada tahun 2011, telah menabur bakti di SMK Parit betak selama 7 tahun dan akhirnya menamatkan perkhidmatan beliau pada 22 april 2017. Detik persaraan beliau pada 20 April 2017 sangat dirasai oleh semua guru dan kakitangan SMK Parit Betak khususnya kerana karakter beliau yang mesra dan sangat memahami.


Karektor beliau yang sangat merendah diri dan mudah didekati juga menjadikan beliau disayangi oleh semua pelajar dan seluruh warga sekolah. Semoga ia akan menjadi contoh dan tauladan kepada kita semua.



Bagi pihak semua warga SMK Parit Betak, kami merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Abd Raub Bin Abd Hamid kerana telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada kami dan juga pelajar-pelajar sekolah ini.  Kami doakan semoga En Abd Raub Bin Abd Hamid atau mesra dipanggil Bos beroleh kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta.  Selamat Bersara Bos……. 😭😭😭








0 comments:

Post a Comment