SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Saturday, April 22, 2017

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Abd Raub Bin Abd Hamid

Tanggal 20hb April 2017, bertempat di SMK Parit Betak telah berlangsungnya majlis meraikan persaraan En Abd Raub Bin Abd Hamid, Pengetua SMK Parit Betak.



Beliau yang mula bertugas di SMK Parit Betak pada tahun 2011, telah menabur bakti di SMK Parit betak selama 7 tahun dan akhirnya menamatkan perkhidmatan beliau pada 22 april 2017. Detik persaraan beliau pada 20 April 2017 sangat dirasai oleh semua guru dan kakitangan SMK Parit Betak khususnya kerana karakter beliau yang mesra dan sangat memahami.


Karektor beliau yang sangat merendah diri dan mudah didekati juga menjadikan beliau disayangi oleh semua pelajar dan seluruh warga sekolah. Semoga ia akan menjadi contoh dan tauladan kepada kita semua.



Bagi pihak semua warga SMK Parit Betak, kami merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Abd Raub Bin Abd Hamid kerana telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada kami dan juga pelajar-pelajar sekolah ini.  Kami doakan semoga En Abd Raub Bin Abd Hamid atau mesra dipanggil Bos beroleh kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta.  Selamat Bersara Bos……. 😭😭😭








Sunday, April 9, 2017

Mesyuarat Agung PIBG 2017 & Majlis Graduasi MPV RJP


Mesyuarat Dipengerusikan Oleh YDP PIBG Datuk Jahis Bin Othman

Ibu bapa penjaga yang hadir

Barisan AJK PIBG

Ucapan Datuk Jahis Bin Othman






Tuesday, April 4, 2017

Selamat Bersara Tuan Hj Zool B Ibrahim



Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Zool B Ibrahim. Seluruh warga SMK Parit Betak mendoakan semoga Tn Haji sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih, Selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.