SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Tuesday, February 28, 2017

MINGGU ANTI DADAH 2017

Majlis pelancaran Minggu Anti Dadah 2017 disempurnakan oleh En Ismail Bin Ketang, GPK1 SMK Parit Betak. Sebelumnya, En Ismail bin Ketang menyampaikan info ringkas berkaitan dadah, salah guna dadah dan kesan buruk salah guna dadah. Pada majlis tersebut juga, wakil dari Agensi AntiDadah Daerah Pontian  juga telah menyampaikan sedikit ucapan dan mengadakan pameran. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar dan warga sekolah yang mengamalkan gaya hidup sihat dan bersih dadah.









Monday, February 27, 2017

SMK Parit Betak Juara Festival Layang-Layang Sedunia


TAHNIAH.!!!  kepada pasukan layang-layang SMK Parit Betak yang telah mengungguli 4 kategori dan seterusnya dinobatkan sebagai JUARA kategori sekolah antarabangsa. Sekali lagi SMK Parit Betak dimata dunia setelah beberapa kali menempa nama dalam festival layang-layang sedunia di Pasir Gudang. Berikut adalah pencapaian pasukan wau dan layang-layang mengikut kategori yang telah dimenangi :- 

BIL
KATEGORI
PENCAPAIAN
1
PERTANDINGAN WAU BULAN
JOHAN
2
PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG 2 DIMENSI
JOHAN
3
PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG 2 DIMENSI
NAIB JOHAN
4
PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG 3 DIMENSI
NAIB JUARA
5
PERTANDINGAN MENCIPTA BANNER PADANG
KETIGA
6
PERTANDINGAN WAU MERAK BESAR 10 KAKI TERBUKA
KE-6
7
PERTANDINGAN WAU BULAN
KE-7
8
PERTANDINGAN LAYANG LAYANG TRAIN KITE
KE-8
9
PERTANDINGAN WAU MERAK BESAR 10 KAKI
KE-8
10
PERTANDINGAN WAU BULAN KEBANGSAAN
KE-8
11
PERTANDINGAN WAU JALA BUDI KEBANGSAAN
KE-9
12
PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG ROKAKU
KE-10











Monday, February 20, 2017

Majlis Pelancaran Mentor Mentee


Tarikh : 19 Februari 2017 ( AHAD )
Masa : 7.30 Pagi

MATLAMAT

Membangunkan Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyanyang

OBJEKTIF

1.Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara guru dan murid.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat ( caring ) terhadap kebajikan mereka.


Program Jelajah Bas Pendidikan Legoland





Sukantara SMK Parit Betak

Pada 15 Februari bersamaan hari Rabu, SMK Parit Betak telah menjayakan satu aktiviti sukantara peringkat sekolah yang disertai oleh semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 100 M, Tarik Tali, lompat jauh dan lontar peluru.

Aktiviti berlangsung selama 2 hari iaitu hari Rabu dan hari Khamis. Aktiviti dijalankan Pada Sebelah petang bermula Jam 2.30 petang.







Bicara Kecemerlangan SPM 2017 Anjuran bersama RISDA Pontian Dan PIBG SMK Parit Betak

Pada 11 februari 2017 pihak sekolah telah menganjurkan Program Bicara Kecemerlangan SPM 2017 bersama Risda Pontian dan PIBG. Program ini melibatkan semua pelajar yang akan menduduki SPM 2017 serta Ibu Bapa Penjaga. Program bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dgn ucapan alu-aluan YDP PIBG Dato' Hj Mohamad Jahis Bin Othman. Ceramah bertajuk Mendaya Potensi Diri disampaikan oleh En Abd Azizi Bin Ismail ( GPK HEM SMK Dato' Ibrahim Majid, Spg Renggam ). Penutup Majlis ini diakhiri dengan ucapan dari wakil RISDA Pontian dan Wakil pengetua SMK Parit Betak. Diharap program ini serba sedikit dapat memacu dalam kecemerlangan SPM 2017.





Sunday, February 19, 2017

Selamat Bertugas di Sekolah Baharu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Pihak sekolah mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Hjh Hainorluina Bt A Kadir atas sumbangan dan bakti beliau ketika bertugas di SMK Parit Betak. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2004 dan  berpindah ke SMK Dato' Ali Haji Ahmad berkuatkuasa Disember 2016.


Terima Kasih juga kepada Pn Hjh Lebi Bin Taher yang telah dinaikkan gred N22 ke N26 dan dipindahkan ke SMA Bugisiah Tampok. Beliau telah berkhidmat di SMK Parit Betak  pada 1/07/2009 sehingga 15/01/2017 selama lebih kurang 7 Tahun. Segala jasa dan bakti yang ditabur di SMK Parit Betak amat kami hargai.Semoga berjumpa kembali dan Selamat Bertugas ditempat baharu kami ucapkan.

Hari Terakhir Pn Hjh Lebi bertugas di SMK Parit Betak




Selamat Berpencen En Mohd Torikat Bin Karian


Selamat Bersara diucapkan kepada En Mohd Torikat Bin Karian setelah berkhidmat selama lebih 17 tahun dengan SMK Parit Betak. Seluruh warga SMK Parit Betak mendoakan semoga beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Saturday, February 4, 2017

Program Jom Kesekolah


En Zulnuraini membaca teks mewakili pihak PDRM

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak kelmarin.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata melalui program itu warga sekolah dapat menyediakan saluran sesuai menerima aduan dan menyelesaikan masalah berkaitan disiplin murid.
“Ia sekali gus mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), malah dapat membantu mencegah salah laku disiplin murid terlibat dalam kegiatan jenayah.
“Ini termasuk perlakuan menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada dalam atau luar sekolah dan terus menggerak penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Guru Penolong Kanan 1 SMK Parit Betak En Ismail Bin Ketang.
Turut hadir  Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Parit Betak, YH Dato' Jahis Bin Othman mewakili PIBG SMK Parit Betak.
Acara Perasmian oleh PIBG dan GPK 1

Sementara Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam teks ucapan yang dibacakan oleh ASP Zulkifli Mohamad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah dan salah laku kalangan generasi muda khususnya murid sekolah.
Katanya kerjasama antara pihak sekolah dan PDRM (melalui PPS) mampu membendung salah laku disiplin si kalangan murid daripada berleluasa.
“Antara tugas PPS ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan atau lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah,” ujarnya.
Simbolik Perasmian 

Jelasnya, keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid sekali gus melalui program dirancang menyemai sikap kesedaran murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.
Beliau berkata kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah.
Peti Aduan