SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Sunday, October 9, 2016

Kursus Teknik Menjawab Soalan SPM 2016 ( Merbah Eco Resort )




Hari Sukan Negara 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada 8 Oktober 2016 bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan SMK Parit Betak telah mengadakan pelbagai aktiviti sukan antaranya senamrobik,badminton, bolasepak dan lain-lain lagi. Kesemua warga SMKPB adalah diwajibkan melibatkan diri sekurang-kurangnya 1 sukan. Acara disambut dengan sangat meriah dan penuh dengan semangat kesukanan.

Senamrobik

Acara frisbe

Badminton

Senamrobik 

Tahniah Pasukan Kawad Kaki KRS


Tahniah diucapkan kepada Pasukan KRS SMK Parit Betak kerana berjaya mendapat Naib Johan Kategori KRS Putera peringkat KEBANGSAAN. Kami semua amat berbangga atas kejayaan yang telah anda kecapi.Secara tidak langsung anda telah menaikkan nama sekolah,daerah Pontian dan negeri Johor diperingkat kebangsaan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan PT3



Selamat menjalani peperiksaan PT3 2016 bagi semua pelajar Tingkatan 3. Diharap anda semua dapat menjawab kesemua soalan dengan mudah dan tenang. Doa kami dari warga SMKPB mengiringi perjuangan anda.Semoga para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang...Amin.