SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, March 28, 2016

Majlis Persaraan Pn Asiah Bt Senan

Selamat bersara Pn Asiah Bt Senan.Beliau telah berkhidmat 38 tahun di SMK Parit Betak dari tahun 1978 hingga 2016.Kami di pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga semoga Allah dapat membalas jasa baik Pn Asiah Bt Senan.Selamat menjalani kehidupan baru sebagai pesara.Terima Kasih Pn Asiah.






Wednesday, March 9, 2016

Program Solat Sunat Gerhana Matahari

Unit dakwah SMK Parit Betak telah menganjurkan program solat gerhana matahari sempena gerhana matahari separa yang dapat dilihat dimalaysia.Ini memberi peluang kepada semua pelajar,guru dan juga staf mendirikan solat sunat gerhana yang jarang jarang ditemui.Program tersebut diimamkan oleh Ustaz Samad B Abd Talib, pelajar mula berkumpul didataran bestari sejak pukul 7 pagi.Bermula dengan berzikir ringkas kemudian mendirikan solat sunat taubah seterusnya solat sunat dhuha dan solat sunat gerhana.





Tahniah Dan Syabas Kepada Atlet Olahraga SMKPB

Ucapan Syabas dan Tahniah kepada Atlet Olahraga SMK Parit Betak dalam penglibatan dan kemenangan yang diperolehi dalam Kejohanan Olahraga MSSD Pontian.SMK Parit Betak telah berjaya merangkul 4 Emas 2 Perak dan mendapat tempat ke-9 keseluruhan mengumpul 27mata.4 emas disumbangkan yang dirangkul dalam acara Perempuan 18 100m,200m,400m dan Lompat Jauh,Manakala pingat Perak pula dari acara Lompat Kijang L15 dan Lompat Jauh P15. Emas dalam 3 Acara P18 telah menobatkan Yusmareza sebagai Olahragawati Terbaik.Syabas dan Tahniah diucapkan.

Olahragawati Terbaik.

Monday, March 7, 2016

Kursus Asas Frog Vle


Kursus (LaDaP) asas VLE Frog telah berlangsung pada 7 hingga 8 Mac 2016 bertempat di Bilik Al Ghazali SMK Parit Betak. Kursus ini melibatkan semua guru-guru SMKPB dan dijalankan 2 sesi.Kursus dikendalikan oleh pegawai PKG Benut.Kursus bertujuan mem perkenalkan kepada guru kepada konsep ‘virtual learning’ menggunakan platform FROG serta melatih guru-guru yang terlibat secara praktikal cara-cara mengendalikan platform tersebut.

Pegawai PKG Benut

Sunday, March 6, 2016

Tahniah Kepada Semua Pelajar SPM 2015.



Syabas dan Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2015. Kami dipihak sekolah mendoakan agar pelajar-pelajar SPM 2015 akan dapat menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi seterusnya dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan anggaplah kegagalan anda adalah satu titik tolak untuk anda berjaya pada masa akan datang, pintu kejayaan masih luas terbuka untuk anda semua.Tidak bermakna kegagalan anda hari ini adalah kegagalan selamanya. Pihak kerajaan banyak menyediakan tempat bagi pelajar menyambung pelajaran samada dari peringkat sijil hingga ijazah sarjana di institusi awam mahupun swasta.Berikut adalah analisis SPM 2015 dan pelajar yang mendapat keputusan Cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015 :-


Keputusan SPM 2015
% lulus
2014  - 87.58%
2015  - 92.54%

GPS
2014  -  5.65
2015  -  5.70

5 Pelajar Terbaik
1. Khairunisa Nordin ( 5 IBS )
     - 1A+  2A  3A- 3B+1B
2. Mohd Shahrel  Shamsol Bahri
    (5 BUK)
    - 3A 3A- 2B+ 1C+
3. Nurfarah Amira Shalehan
     ( 5 BUK)
    - 3A 3A- 1B+ 1C 1E
4. Siti Noor Najwa,Md Jabar
    (5 BUK)
    - 2A 3A- 3B+  1B 1D
5. Nur Hazirah Noraini ( 5 IBS )
      - 2A+ 2A 2B+ 2B 1C+ 1C

Wednesday, March 2, 2016

Aktiviti Kokurikulum



Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolahsama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu SekolahMenengah (KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan. Oleh kerana itu, semua kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu persekolahan. Ko-kurikulum terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan, badan-badan berpakaian seragam, kelab dan persatuan-persatuan.

Kelab Seni Budaya : Permainan rakyat hampir pupus."Biji Saga"

Kelab komputer : 10fastfingers.com
Kelab Doktor Muda : Bacaan Ikrar
Kelab keselamatan jalan raya : mereka pamplet kempen keselamatan jalan raya