SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Monday, February 29, 2016

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang




Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Tourism Johor, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.
Festival yang penuh berwana-warni ini diwartakan sebagai salah satu acara utama di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Diiktiraf sebagai salah satu acara festival layang-layang tahunan terbesar yang disertai oleh pelayang-pelayang seluruh tanah air dan antarabangsa dari seluruh dunia.
Melalui tema ‘Terokai & Warnai Tradisi” acara ini turut akan dipenuhi dengan persembahan, pertandingan,bengkel dan pameran wau atau layang-layang pelbagai kategori.
SMK Parit Betak telah mengambil bahagian Pertandingan layang-layang peringkat sekolah menengah Antarabangsa dimana pertandingan ini diwakili oleh sekolah-sekolah dari pelbagai negara antaranya Jepun,Brunei,Indonesia danlain-lain lagi.Pasukan Layang-layang SMK Parit Betak telah menghantar wakil bagi kategori :-

1- Pertandingan Layang-layang Rokaku - JOHAN
2- Pertandingan Layang-layang Dua Dimensi - JOHAN
3- Pertandingan Layang-layang Malay Train Kite - JOHAN
4- Pertandingan Layang-layang Bridge Arch Kite - JOHAN
5- Pertandingan Layang-layang Tiga Dimensi Terbuka - JOHAN
6- Pertandingan Wau Jala Budi Besar Terbuka - NAIB JOHAN
7- Pertandingan Layang-layang Rokoku - NAIB JOHAN

Kami dipihak sekolah mengucapkan TAHNIAH atas pencapaian yang amat membanggakan sekolah diperingkat Antarabangsa.












Wednesday, February 24, 2016

Raptai Penuh Kejohanan Balapan & Padang kali Ke-38 2016

Raptai penuh Kejohanan Balapan & Padang telah dijalankan pada jam 2.00 petang dimana semua pelajar terlibat, setiap persatuan dan rumah sukan menghantar wakil perbarisan masing-masing.Acara Kejohanan & Balapan akan diadakan pada hari esok dan dirasmikan oleh Tn Hj Kamarudin Bin Abdullah ( Pegawai Daerah Pontian ). Dijangka Pegawai Daerah Batu Pahat Tn Hj Mohd Halim Hasbullah juga akan turut hadir.Beliau adalah alumni atau bekas pelajar SMK Parit Betak.





Saturday, February 20, 2016

Minggu Anti Dadah

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.   Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.   Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Pelajar melihat Poster pameran.
Para Guru dan Staf diberi penerangan Oleh kakitangan AADK Pontian
Poster yang dipamerkan Oleh AADK Pontian.
Antara peralatan yang dipamerkan

Pelajar diberi keterangan oleh Kakitangan AADK Pontian mengenai Dadah.





Objektif Sekolah

SMK Parit Betak akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif sekolah sepertu berikut :-


  1. Meningkatkan pertaus kelulusan PT3daripada 68% kepada melebihi 70%
  2. Meningkatkan peratus kelulusan SPM daripada 97% kepada 100%
  3. Meningkatkan tahap keupayaan pelajar dalam bidang kokurikulum agar mencapai kedudukan sekurang-kurangnya tempat kedua bagi pertandingan-pertandingan yang disertai diperingkat daerah.
  4. Meningkatkan peratus disiplin ke arah Zero Defect kesalahan.

Pegawai Kumpulan Pelaksana


PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA ( AKP )




Barisan Pendidik SMK Parit Betak


Barisan Pentadbir Sekolah


Lagu Sekolah

Menggapai Cita Jaya

Megah berdiri dengan segak
Sebuah gudang pengetahuan
Sekolah Menengah Parit Betak
Dipenjuru daerah Pontian
Dikau lambang kejayaan
Jasamu tetap kukenang
Kami berikrar dan berjanji
Menjaga namamu yang terbilang
Kami berusaha untuk mencapai cita
Demi harapan ayah dan bonda
Majulah,majulah kearah mencapai cita jaya.

Monday, February 15, 2016

Sejarah Sekolah

          SMK Parit Betak telah didirikan pada tahun 1972. Semasa mencari tapak untuk membina sekolah ini, terdapat dua cadangan iaitu dibina di Seri Merlong dan satu lagi tapak sekolah sekarang.Kedudukan tapak sekolah ini dipersetujui diletak lebih kurang 13km dari pekan Benut, kedukannya berada ditengah-tengah kawasan beberapa kampung menjadikan tempat iniamat sesuai untuk didirikan sebuah sekolah menengah bagi anak-anak penduduk kawasan ini.Kedudukan tapak sekolah ini amat unik kerana tapak sekolah berada di Daerah Pontian manakala dihujung padang sekolah ini dan tapak pertanian berada didaerah Batu Pahat.Akhirnya sekolah ini dibina atas usaha YB Dato Jalok Bin Daing Malibok yang menjadi wakil rakyat kawasan ini pada masa itu bersama-sama dengan ahlijawatankuasa Kampung Parit Betak bagi menampung pelajar sekolah rendah berhampiran untuk menyambung pelajarannya di peringkat menengah.Pada masa awal penubuhannya, pelajar sekolah-sekolah ini hanya belajar sehingga tingkatan tiga sahaja.
              Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Betak.Nama Parit Betak pada nama sekolah ini pula diambil sempena nama Kampung Parit Betak.

Visi & Misi Sekolah


VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara"

OBJEKTIF

SMK Parit Betak akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif sekolah seperti berikut :-

1. Meningkatkan peratus kelulusan PT3 daripada 68% kepada melebih 70%
2. Meningkatkan peratus kelulusan SPM daripada 97% kepada 100%
3. Meningkatkan Tahap keupayaan pelajardalam bidang kokurikulum agar mencapai kedudukan sekurang-kurangnya tempat kedua bagi pertandingan-pertandingan yang disertai diperingkat daerah.
4. Meningkatkan peratus disiplin ke arah Zero Defect kesalahan.






Sunday, February 14, 2016

Logo Sekolah



LAMBANG SEKOLAH

BUKU

Lambang Ilmu yang perlu dicari dan boleh didapati di sekolah, iaitu ilmu didunia dan akhirat.

BIRU

Kesucian dan keharmonian dalam keluarga sekolah sama-sama berusaha menjaga nama baiksekolah.

MERAH

Kesungguhan dalam diri sendiri untuk terus berusaha mencari ilmu dan berani menghadapi cabaran.

MOTO SEKOLAH

“ILMU PESAKA ABADI” melambangkan satu matlamat mencari ilmu berguna dan dapat dijadikan pesaka abadi.

JALUR 5
1. Taat kepada Allah
2. Taat kepada Pemerintah
3. Taat kepada Ibu Bapa
4. Taat kepada guru.
5. Taat kepada disiplin sekolah.


Saturday, February 13, 2016

Maklumat Sekolah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT BETAK


Kod Sekolah : JEA6009
Alamat : 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.
Telefon : 07-4259385
Faksimili : 07-4257757
Gred Sekolah :Gred A ( Sekolah Harian )
Pengetua : En Jafri Bin Tasri
PPD : Pontian

Friday, February 12, 2016

Gambar Kenangan