Wednesday, May 18, 2016

Sambutan Hari Guru SMK Parit Betak

Sambutan pada tahun dijalankan secara sederhana dan meriah. Sambutan dimulakan dengan perarakan Guru dan Pelajar Cemerlang beserta Ibu Bapa diiringi dengan paluan kompang sekolah ke dataran Bestari.Tema pakaian pada tahun ini adalah Merah.Hadiah disampaikan kepada pelajar cemerlang 2015 seterusnya bacaan Perutusan ucapan hari guru dari Menteri dan Pengarah serta wakil pelajar.Selepas itu acara yang paling ditunggu iaitu nyayian " Kami Guru Malaysia " yang dinyanyikan oleh semua guru dan acara kemuncak dijalankan dengan acara pemotongan Kek Hari Guru Oleh Tuan Pengetua. Acara disambung dengan acara persembahan dari Murid dan Guru di dewan sekolah.








0 comments:

Post a Comment