SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMK PARIT BETAK

SMK Parit Betak, 82210, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

"SPARK ONE GOAL"

Tuesday, May 11, 2021

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Kedatangan 1 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 13 Mei 2021 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Dikesempatan ini juga kami warga SPARK mengucapkan Seelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Jangan lupa untuk mengamalkan norma baharu. Terapkan amalan penjagaan diri dan teruskan jarakan sosial. Bersama-sama hentikan penularan wabak COVID-19.

Yang jauh itu Waktu, 
Yang dekat itu Mati, 
Yang besar itu Nafsu, 
Yang berat itu Amanah, 
Yang mudah itu Berbuat Dosa, 
Yang panjang itu Amal Soleh, 
Yang indah itu Saling Memaafkan. 
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....


Norma Baharu di Sekolah

 


Norma Baharu di Sekolah : Saranan kepada Warga Sekolah


1️⃣ Saringan kesihatan di pintu masuk.

2️⃣ Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer.

3️⃣ Pematuhan jarak sosial.

4️⃣ Amalan etika batuk dan bersin yang betul.

5️⃣ Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

6️⃣ Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.

7️⃣ Buka tingkap dan pintu bagi pengudaraan yang baik.

8️⃣ Tandas sekolah sentiasa bersih.

Monday, August 24, 2020

TROLI KASIH SPARK

 TROLI KASIH SPARK

Troli kasih SPARK adalah satu program bagi membantu murid dimana keluarga kurang kemampuan dan pendapatan terkesan dengan pandemik covid-19. Troli ini menyediakan bekalan makanan secara percuma dan pelajar boleh ambil ketika waktu rehat. Semoga dengan adanya program ini dapat membantu para pelajar yang menghadapi masalah kekurangan wang dan dapat makan seperti pelajar-pelajar lain insyaallah.







Sunday, August 2, 2020

Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah